Friday 30 August 2013

KEM PECUTAN MINDA UPSR

Sabtu - 31 Ogos : Menjelang UPSR yang tinggal beberapa hari lagi, Jawatankuasa UPSR SK Jongok Batu telah menganjurkan satu program ke arah peningkatan kecemerlangan UPSR sekolah 2013. Kem Pecutan Minda ini menekankan kepada kemahiran dan teknik menjawab soalan dengan betul dan tepat yang dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman. Turut serta menyertai kem ini adalah murid-murid dari SK Minda Talong. Semoga objektif kem ini membuahkan kecemerlangan UPSR 2013 nanti. Insya-Allah.

Tuesday 27 August 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2013

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Jongok Batu bersama-sama dengan seluruh warga sekolah telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya yang telah diadakan pada 27 Ogos 2013. Para ibu bapa serta hadirin turut memeriahkan lagi majlis tersebut. Walaupun bulan syawal kian menghampiri penghujungnya, namun kemeriahan cukup dirasai. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN
DARIPADA PIBG SK JONGOK BATU